“Do not train a child to learn by force or harshness; but direct them to it by what amuses their minds, so that you may be better able to discover with accuracy the peculiar bent of the genius of each.” – Plato
Di Eduspace, kami percaya bahawa setiap anak memiliki potensi unik yang menanti untuk dicungkil. Pendekatan kami dalam pembangunan murid direka untuk mencetuskan rasa ingin tahu, mendorong penerokaan, dan membina asas dalam STEM serta penyelesaian masalah secara kreatif.
Meneroka dunia Sains, Teknologi dan Kejuruteraan melalui aktiviti interaktif dan projek mendalam yang praktikal.
Memupuk kemahiran komunikasi, kerjasama, dan kreativiti yang penting untuk kerjaya masa depan.
Belajar cara mengendalikan dron sambil mempelajari aspek teknologi dan keselamatan melalui latihan praktikal.
Mengasah kemahiran visual melalui kursus fotografi dan penyuntingan video, dari peringkat asas hingga lanjutan.
Sesi bengkel dan ceramah oleh wanita dalam STEM
Pelbagai sesi bengkel interaktif untuk murid
Belajar sains disebalik situasi kemandirian hidup!
Pelbagai persembahan sains interaktif
Setiap program dirancang dengan matlamat untuk mencetuskan minat pelajar terhadap ilmu sambil melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pendidikan informal, kami berdedikasi untuk menyokong perkembangan setiap murid berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing.
Bersedia untuk membawa potensi anak anda ke tahap seterusnya? Klik butang di bawah untuk mengetahui bagaimana Eduspace dapat menjadi rakan kongsi dalam perjalanan pembelajaran anak anda.