Anda seorang guru yang sedang mencari sumber untuk aktiviti STEM dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami?
Anda ibubapa yang ingin membuat aktiviti STEM bersama anak-anak anda?
Selamat datang ke Eduspace Toolbox.
1. STEM ialah kependekkan untuk sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
2. STEM merupakan satu gagasan yang menekankan pembelajaran merentas disiplin.
3. Gagasan STEM menekankan keperluan memberikan konteks dunia sebenar kepada topik-topik pembelajaran di sekolah.
4. Gagasan STEM menjadi pemangkin kepada ramai murid untuk meneruskan pengajian dalam bidang STEM di peringkat yang lebih tinggi.
5. Gagasan STEM mencetuskan dialog tentang perubahan landskap pekerjaan masa hadapan.
6. Gagasan STEM mencetuskan kepentingan pendekatan pembelajaran yang lebih hands-on, minds-on, berdasarkan inkuiri dan berpusatkan pelajar.
7. Gagasan STEM menyedarkan kita supaya murid disediakan dengan kemahiran resilience, rasa ingin tahu dan empati.
8. Gagasan STEM menekankan kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
9. Gagasan STEM menekankan kepentingan kemahiran teknikal.
10. STEM ialah hari ini.
World Economic Forum dalam Laporan Future of Jobs telah menarik perhatian kerajaan-kerajaan dunia akan perubahan landskap pekerjaan pada hari ini. Kerja-kerja yang dilakukan secara manual akan digantikan dengan automasi robot. Landskap pekerjaan yang baru menyebabkan kepupusan kerja-kerja tradisional dan lahirnya pekerjaan baru yang memerlukan tenaga kerja pakar dalam bidang STEM. Maka kerajaan-kerajaan dunia pada hari ini mesti bertindak segera bagi memenuhi permintaan kerja yang serba berubah ini.
Kerajaan Malaysia sudah lama bercita-cita untuk mendapatkan nisbah enrolmen 60:40 bidang STEM berbanding bidang kemanusiaan namun cita-cita itu kelihatan semakin jauh. Tambahan lagi, skor Malaysia dalam TIMSS dan PISA juga semakin menurun.
Namun begitu, kerajaan melalui Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 telah bertindak sewajarnya dengan menggariskan 3 langkah untuk memastikan murid dilengkapi dengan kemahiran untuk menempuhi alam pekerjaan yang akan serba mencabar dan menjadi percikan awal untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak tenaga kerja pakar dalam bidang STEM:
Memantapkan kurikulum dan menggunakan pendekatan pengajaran sains yang lebih segar untuk menarik lebih banyak murid mempelajari STEM.
Meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru.
Meningkatkan kesedaran murid dan orang awam.
Kajian oleh Sanders and Rivers dari University of Tennesse, mendapati kualiti pengajaran guru boleh mempengaruhi pencapaian murid. Mereka meneliti data terhadap sekumpulan murid dari mereka yang berumur 8 tahun (2nd Grade) sehingga 11 tahun (5th Grade). Kesemua murid ini berada dalam kumpulan kualiti pengajaran yang sama semasa mereka berada di 2nd Grade. Murid-murid ini kemudiannya diletakkan dalam 2 sistem pengajaran yang berbeza yang mewakili kualiti pengajaran guru yang baik dan yang kurang cemerlang. Semasa murid-murid ini berada dalam 5th Grade, perbezaan pencapaian murid dilihat amat ketara dalam kedua-dua sistem pengajaran tadi. Apa yang lebih menarik ialah kesan kualiti pengajaran guru terhadap pencapaian murid dilihat semakin ketara dengan masa.
Kajian ini juga mendapati murid yang mempunyai pencapaian yang rendah akan menerima manfaat yang paling cepat jika kualiti pengajaran bertambah.
Eduspace telah menghasilkan beberapa modul yang guru dan ibubapa boleh suaikan ketika aktiviti PdP, ko-kurikulum dan sesi pembelajaran informal (lawatan sambil belajar dan sebagainya).
Pendekatan kami berdasarkan bukti-bukti kajian pendidikan terkini dan amalan pengajaran terbaik yang dirangkumkan dalam laporan How People Learn - Brain, Mind, Experience, and School (1999) oleh National Research Council, Amerika Syarikat:
Experiential learning: Murid akan terlibat dengan aktif dalam aktiviti hands-on dan minds-on yang dijalankan dan mereka juga bertanggungjawab mengawal pembolehubah dan hasil aktiviti mereka.
Constructivism: Pengetahuan terbaru murid akan dibina di atas pengetahuan mereka yang terdahulu. Ini merupakan pendekatan yang digerakkan oleh Jean Piaget, Lev Vygotsky dan Jerome Bruner.
Inquiry-based: Guru / ibubapa berperanan sebagai fasilitator yang bertanyakan soalan-soalan yang relevan untuk memandu pemikiran murid.
Ini merupakan kompilasi soalan sains pelik / luar buku teks / aras tinggi murid-murid yang dihantar oleh guru dan ibu bapa.