Maanfaatkan hujung minggu anak anda! Berikan anak anda kelebihan dalam dunia digital dengan Program Hujung Minggu Eduspace, yang dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Gopeng. Program kami direka khas untuk mencetuskan minat dan membina kemahiran digital abad ke-21 dalam persekitaran yang menyeronokkan dan interaktif.
Di Eduspace, kami percaya bahawa pembelajaran haruslah menyeronokkan dan interaktif. Program kami direka khas untuk:
Menggalakkan peserta untuk mereka bentuk penyelesaian yang kreatif dalam dunia maya dan menghasilkan projek-projek digital seperti animasi, cerita interaktif, serta permainan mudah.
Melatih peserta untuk berfikir secara kritis , membangunkan kemahiran pemikiran komputasional , dan mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah.
Menggalakkan peserta untuk membangunkan kemahiran kerjasama dan komunikasi melalui tugasan berkumpulan serta perkongsian idea dalam persekitaran pembelajaran yang positif.
Meningkatkan keyakinan diri dalam penggunaan teknologi dan penghasilan kandungan digital sambil menyediakan asas yang kukuh untuk pembelajaran pengekodan yang lebih mendalam pada masa akan datang.
Kami menawarkan tiga program unik yang disesuaikan untuk kumpulan umur dan minat yang berbeza. Semua program akan diadakan di
Kolej Komuniti Gopeng, Kompleks RTC Gopeng, Perak
Platform pengekodan visual yang intuitif dan menyeronokkan, sesuai untuk mereka yang baru bermula. Peserta akan belajar mereka bentuk cerita interaktif, animasi, dan permainan mudah. Tiada pengalaman pengekodan diperlukan.
Tarikh: 26 Julai 2025
Masa: 8:00 Pagi - 11:00 Pagi
Yuran: RM 35
Had Umur: 10 tahun ke atas
Maklumat Penuh serta Terma dan syarat program: https://bit.ly/45VtKXC
Sesuai untuk remaja yang ingin mendalami bahasa pengaturcaraan berasaskan teks yang popular dan serba boleh. Peserta akan mempelajari sintaks asas, struktur data, dan logik pengaturcaraan. Tiada pengalaman pengekodan diperlukan.
Tarikh: 26 Julai 2025
Masa: 2:00 Petang - 5:00 Petang
Yuran: RM 35
Had Umur: 13 tahun ke atas
Maklumat Penuh serta Terma dan syarat program: https://bit.ly/3TTiNyf
Menggunakan Minecraft untuk pembelajaran berasaskan permainan yang memfokuskan kepada tema geologi, alam sekitar, dan kelestarian. Peserta akan membina, meneroka, dan menyelesaikan cabaran dalam dunia maya yang interaktif.
Tarikh: 27 Julai 2025
Masa: 8:00 Pagi - 11:00 Pagi
Yuran: RM 45
Had Umur: 10 tahun ke atas
Maklumat Penuh serta Terma dan syarat program: https://bit.ly/4krV43g
Pendaftaran adalah lengkap selepas penyerahan borang dalam talian dan pembayaran penuh yuran program. Sila berikan maklumat perhubungan yang sah untuk tujuan penyampaian maklumat dan resit.
Scratch: RM 35
Python: RM 35
Minecraft: RM 45
Yuran meliputi kos jurulatih, fasilitator, dan bahan pembelajaran.
Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan bank.
Terma dan syarat program Scratch: https://bit.ly/45VtKXC
Terma dan syarat program Python: https://bit.ly/3TTiNyf
Terma dan syarat program Minecraft: https://bit.ly/4krV43g