“Do not train a child to learn by force or harshness; but direct them to it by what amuses their minds, so that you may be better able to discover with accuracy the peculiar bent of the genius of each.” – Plato
"Waaah....", "Haaa...?", "Eh?"
Itulah reaksi penonton Science on Stage.
Berbeza dengan kuliah, pendekatan pengajaran sains “Science on Stage” adalah interaktif, menggunakan multimedia (jika tempat mengizinkan), demonstrasi dan partisipasi yang menarik serta menggalakkan inkuiri melalui komunikasi dua hala.
Topik yang dipilih tidak bersifat ‘makmal’, dan ianya mudah difahami kerana peralatan dan props mudah didapati dalam kehidupan seharian.
Pameran interaktif yang direka oleh Eduspace memberi peluang kepada peserta menggunakan deria mereka untuk menerokai konsep-konsep sains yang dipersembahkan. Pameran Bit-Sized Science selalunya dipadankan dengan aktiviti uji minda yang kompetitif dan Science Busking yang membuatkan anda tertanya-tanya.
Science Busking pula merupakan aktiviti demonstrasi yang dibuat secara sepintas lalu dan spontan tetapi ia dapat menarik lebih orang untuk melihat pameran dan terasa 'melekat' di sana!
S: Apakah Science-on-stage?
J: Science-on-stage merupakan siri persembahan sains interaktif oleh Eduspace.
S: Apakah topik-topik Science-on-stage yang ditawarkan?
J: Untuk tahun 2022, kami tawarkan yang berikut:
1. Fire Show
2. Bubble Show
3. Newton Show
4. Chemistry Show
5. Light Show
6. Water Show
7. Mathematics Show
8. Planet Show
9. Paper Show
S: Berapakah bilangan peserta yang boleh mengikuti Science-on-stage?
J: Tiada had bilangan peserta.
S: Apakah program sekolah yang sesuai untuk dipadankan dengan Science-on-stage?
J: Science-on-stage sesuai untuk dipadankan dengan:
1. Pengisian minggu / karnival STEM.
2. Program pasca-peperiksaan UPSR/PT3/ Peperiksaan Hujung Tahun.
3. Pengisian hari kantin / hari sukan dsb.
S: Apakah program pengisian Eduspace yang sesuai untuk dipadankan dengan Science-on-stage?
J: 1. Lab Bench.
2. Bit-Sized Science.
S: Berapa lamakah durasi Science-on-stage?
J: Science-on-stage boleh disuaikan dari 20 minit sehingga 1 Jam.
S: Apakah terma-terma yang perlu saya penuhi bagi menjemput Eduspace untuk mengadakan Science-on-stage?
J: Dari sudut tempahan, kami memerlukan minimum 3 minggu. Pihak Tuan / Puan juga perlu menyediakan kerusi & meja di tempat yang bersesuaian (tempat akan dibincangkan atas persetujuan kedua-dua pihak).
S: Berapakah pelaburan saya untuk program ini?
J: Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.
S: Apakah Bit-Sized Science?
J: Bit-sized science merupakan siri pameran bergerak interaktif oleh Eduspace.
S: Apakah topik-topik Bit-Sized Science yang ditawarkan?
J: Untuk tahun 2022, kami tawarkan yang berikut:
1. Scientific Investigation Skill – Mystery Box.
2. Scientific Investigation Skill – Spices of Asia.
3. True or fake money?
4. Science of Colours.
5. Science of Survival.
Dan pada setiap topik ini akan ditemani dengan permainan uji minda Brain Teasers.
S: Berapakah bilangan peserta yang boleh mengikuti Bit-Sized Science?
J: Bit-Sized Science merupakan sebuah pameran, maka tiada had bilangan peserta untuk datang ke reruai Eduspace. Namun ada kekangan dari sudut ruang, kerana tidak ramai boleh mengerumuni meja.
S: Apakah program sekolah yang sesuai untuk dipadankan dengan Bit-Sized Science?
J: Bit-Sized Science sesuai untuk dipadankan dengan:
1. Reruai hari kantin / hari ko-kurikulum.
2. Pengisian minggu / karnival STEM.
3. Program awam sekolah seperti hari terbuka dsb.
S: Apakah program pengisian Eduspace yang sesuai untuk dipadankan dengan Bit-Sized Science?
J: 1. Science-on-stage.
2. Lab bench.
S: Berapa lamakah durasi Bit-Sized Science?
J: Minimum 2 jam dan maksimum 6 jam.
S: Apakah terma-terma yang perlu dipenuhi oleh pihak saya untuk menjemput Eduspace untuk mengadakan Bit-Sized Science?
J: Dari sudut tempahan, kami memerlukan minimum 3 minggu. Pihak Tuan / Puan juga perlu menyediakan kerusi & meja di tempat yang bersesuaian (tempat akan dibincangkan atas persetujuan kedua-dua pihak).
S: Berapakah pelaburan saya untuk program ini?
J: Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.
S: Apakah Lab Bench?
J: Lab Bench merupakan siri bengkel STEM oleh Eduspace yang berbentuk sesi amali penyelesaian masalah yang menerapkan kaedah Design Thinking sebagai satu algoritma penyelesaian masalah.
S: Apakah Design Thinking?
J: Design Thinking adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang alami (natural) yang menyelesaikan masalah secara konkrit dan iterative (berulang-ulang).
S: Apakah topik-topik Lab Bench yang ditawarkan?
J: Untuk tahun 2022, kami tawarkan yang topik-topik berikut:
1. Tower Building
2. Water Rocket
3. Formula 1 Racing (F1)
4. Lunar Landing
5. Bionic Hand
S: Berapakah bilangan peserta yang boleh mengikuti Lab Bench?
J: Minimum 40 peserta untuk setiap sesi.
Jika inginkan lebih penglibatan, Lab Bench boleh dilakukan dalam 2 slot.
S: Apakah program sekolah yang sesuai untuk dipadankan dengan Lab Bench?
J: Lab Bench sesuai untuk dipadankan dengan:
1. Pengisian minggu / karnival STEM.
2. Program pasca-peperiksaan UPSR/PT3/ Peperiksaan Hujung Tahun.
3. Hari ko-kurikulum
4. Pengisian aktiviti kelab persatuan sains / matematik / STEM / astronomi dsb.
S: Apakah program pengisian Eduspace yang sesuai untuk dipadankan dengan Lab Bench?
J: 1. Science-on-stage.
2. Bit-Sized Science.
S: Berapa lamakah durasi Lab Bench?
J: 2 Jam.
S: Apakah terma-terma yang perlu saya penuhi bagi menjemput Eduspace untuk mengadakan Lab Bench?
J: Dari sudut tempahan, kami memerlukan minimum 3 minggu. Pihak Tuan / Puan juga perlu menyediakan kerusi & meja di tempat yang bersesuaian (tempat akan dibincangkan atas persetujuan kedua-dua pihak).
S: Berapakah pelaburan saya untuk program ini?
J: Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.
Konsep pengajaran sains melalui amali yang dipantau oleh fasilitator.
Murid-murid dapat merasai sendiri ‘thrill’ membuat aktiviti penyiasatan saintifik .
Aktiviti-aktiviti yang diberikan membantu menajamkan kemahiran penyiasatan saintifik murid-murid dan memberi perspektif yang baru mengenai sains dalam kehidupan seharian.
Setiap peserta akan diberikan satu masalah untuk diselesaikan. Melalui aktiviti Lab Bench, peserta akan diajar menggunakan kaedah penyelesaian masalah “Design Thinking” yang diasaskan oleh Stanford University School of Business.
“Design Thinking” menitikberatkan elemen empati dalam penyelesaian masalah. Ini bermaksud matlamat utama penyelesaian masalah ini adalah untuk kesenangan orang yang ditimpa masalah tersebut.
Hal ini merupakan perkara yang selalu ditinggalkan oleh komuniti saintifik. Kebanyakkan saintis hanya berfikir untuk menyelesaikan masalah tanpa berfikir bagaimana orang yang bermasalah itu menggunakan penyelesaian yang mereka berikan.
Salah satu kelebihan “Design Thinking” juga ialah strukturnya menyerupai kaedah penyiasatan saintifik yang diajarkan di sekolah-sekolah hari ini.